Majlis Perpisahan

Tarikh :  17 September

Disamping kegembiraan terselit secebis kesedihan dikalangan warga SKDK. Pn. Norshadidah Bt. Saad yang juga PK Pentadbiran sekolah telah bertukar ke SK Kampung Baru, Jitra Kedah. Beliau yang telah berkhidmat selama 11 tahun di SKDK sangat disenangi oleh guru dan pelajar. Jasanya kepada sekolah tidak terhitung. Beliau yang berpindah mengikut suaminya menitiskan air mata pada hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini. Didoakan semoga beliau seronok dan berjaya ditempat baru. Sekiranya pelajar, bekas pelajar atau guru-guru yang ingin menyampaikan ucapan kepada Pn. Norshadidah bolehlah berbuat demikian diruangan KOMEN. TERIMA KASIH CIKGU...

Pada hari ini juga adalah hari terakhir kepada 4 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang menjalani praktikum. Selama 3 bulan menjalani praktikum dikekolah ini banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi digunakan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang suatu hari nanti.

Sambutan Hari Raya

Tarikh : 17 September

Bersempena hari terakhir persekolahan sebelum bercuti seminggu, maka satu sambutan hari raya aidilfitri telah diadakan. Aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan menjadi rutin tahunan. Apa yang penting bagi murid, apa lagi...Duit raya  la..

 Rugi kepada yang tak hadir harini  Apa pun cikgu nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Ceramah Agama

Tarikh : 17 September 2009

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Sempena menyambut hari yang berbahagia ini dan keberkatan bulan ramadhan ini, panitia agama islam telah mengadakan satu ceramah agama. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim ini berjaya menarik minat murid serta menggamatkan suasana dengan gurauannya. Ustaz juga menghadirkan suasana pilu terhadap jasa ibu bapa. Semoga ceramah ini diberkati dan memberi keinsafan kepada murid. 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Beraya

Dikesempatan ini saya selaku admin website ini ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pengunjung  kerana lama tidak mengemaskini website ini. Bukannya apa tak berkesempatan, maklumlah bulan puasa kan, semuanya kena slow sikit...Apapun sehingga hari ini 12 September 2009 maka genaplah 22 hari kita berpuasa dan tinggal 8 hari sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sempena menjelang syawal yang mulia.. Saya  ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua tenaga kerja SK Dato Kramat serta semua pelawat yang melayari blog ini..

Semoga kita semua mendapat berkat dan hidayah di bulan Syawal ini..

Pulanglah ke kampung berhati -hati dan ingatlah orang yang tersayang.

 


::Kad Ucapan Raya Percuma

Semoga Berjaya

 

Kepada murid tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR pada minggu lepas, didoakan semoga semua berjaya sekurang-kurangnya lulus dalam semua matapelajaran dan kalau boleh tu biarlah yang dapat 5A tu lebih ramai darai tahun lepas ek..apapun semoga berjaya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hari Anugerah Cemerlang

Tarikh : 8 Ogos 2009

Hari anugerah cemerlang telah selamat diadakan pada 8 Ogos 2009 bertempat di Dewan kelab sukan penjara.  Hari anugerah cemerlang pada tahun ini mencatat sejarah kerana pertama kali diadakan diluar kawasan sekolah memandangkan sekolah dalam proses pembinaan bangunan baru dan tiada dewan. Kerjasama dari pihak penjara amat dihargai. Aktiviti berjalan lancar dan berakhir tepat pada jam 10 pagi. Tahniah kepada semua yang telah menerima hadiah dan teruskan usaha anda anda supaya lebih cemerlang dan kepada penerima anugerah Khas jadikan ini sebagai langkah permulaan dalam perjalanan hidup anda yang masih panjang. Jangan menganggap ia sebagai titik noktah kejayaan anda.

 

Penerima Anugerah Khas :

Dari kiri, Muhammad Syarifuddin, Nur Amirah, Nur Farhana dan Ashwini.

* Sila rujuk galeri gambar dan koleksi video.

Minggu Kecergasan

Tarikh : 20-24 Julai 2009

Bersempena minggu kecergasan SK Dato Kramat, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan murid dan juga guru betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti senamrobik dan ceramah kesihatan .

Aktiviti senamrobik telah diadakan pada hari selasa 21 julai 2009. Aktiviti ini dikendalakan oleh guruSenamrobik pelatih dari IPPPP. Dengan lagu yang rancak dan gerakan yang menarik ia berjaya menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti ini. Gambar dan rakaman video aktiviti ini bolah diakses pada "galeri gambar" dan "Koleksi Video"

Ceramah Kesihatan Oleh Dr. NovandriCeramah Kesihatan Oleh Dr. NovandriPada 22 Julai 2009 pula Ceramah kesihatan yang dikendalikan oleh Dr. Novandri pula diadakan. Antara topik yang disentuh oleh beliau ialah pemakanan yang baik, penyakit terkini, influenza H1N1 dan kerjaya seorang doktor. Nampaknya murid SKDK begitu berminat untuk mengetahu tentang kerjaya seorang doktor.

Teknik Menjawab MRCB/Berita Harian

Tarikh : 4 dan 5 Julai 2009

Teknik MenjawabTeknik menjawab anjuran MRCB dan Berita Harian ini telah dijalankan pada 4 dan 5 Julai 2009 bertempat di ILP Kepala Batas. Program ini melibatkan 3 buah sekolah angkat MRCB di Pulau Pinang iaitu SK Dato Kramat, SK Kampung Jawa dan SK Bagan Jermal. Kesemua murid tahun 6 bagi ketiga-Teknik Menjawabtiga sekolah dikumpulkan dan didedahkan dengan teknik menjawab serta tips-tips soalan UPSR 2009. Penceramah yang diundang bukan sebarangan, mereka terdiri daripada penggubal soalan dalam Akhbar DIdik Berita Harian dan juga pemeriksa kertas UPSR yang berpengalaman. Diharapka Pelajar SKDK dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan UPSR 2009. 

Merentas Desa

Tarikh : 27 Jun 2009

Merentas DesaMaaf la lama tak update web ni, tak cukup masa nak taip aktiviti-aktiviti yang berlaku di SKDK. Apa pun acara merentas desa telah selamat dijalankan pada hari sabtu 27 Jun 2009. Acara yang pada mulanya dijangka mengambil masa yang lama, rMerentas Desaupanya tamat tidak sampai 1 jam. Tahniah kepada semua pemenang dan alhamdulilihlah tiada sebarang masalah yang berlaku. 

Rujuk Galeri gambar untuk melihat gambar penuh...

Sambutan Hari Guru

Tarikh : 28 May 2009

Sambutan Hari GuruSekolah Kebangsaan Dato Kramat telah mengadakan sambutan hari guru pada 28 May 2009 iaitu pada hari khamis. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan Guru Besar dan seterusnya ucapan wakil murid. Bacaan Ikrar dan Nyanyian lagu Guru Malaysia adalah acara tahunan yang wajib. Setelah selesai araca didewan, acara sukaneka murid dan guru diadakan .Pelbagai gelagat menarik dapat diperhatikan. Seterusnya Kuiz vitagen pula dadakan didewan dan ia mendapat sambutan menggalakkan Sambutan Hari Gurudari murid. Sambutan hari guru berakhir disini. Sambutan pada tahun ini seperti kurang ramuannya, memandangkan sambutan sesi pagi dan sesi petang diadakan secara berasingan kerana masalah tiada ruang dan tempat. Tahun ini juga tiada persembahan daripada murid sebab itulah sedikit membosankan. Diharapkan pada tahun hadapan, setelah siap bangunan baru, sambutan hari guru kembali meriah dan ceria setelah kedua-dua sesi digabungkan..Lihat galeri gambar untuk melihat gambar hari sambutan.

Kursus Sehari Ko-KuriKulum

Tarikh : 23 May 2009

Kursus sehari Ko-Kurikulum ini telah selamat dijalankan pada 23 may 2009 iaitu hari sabtu. Memandangkan 8 orang guru terlibat dengan motivasi di Hulu Langat maka Kursus ini dan program di Hula Langat tersebut dianggap sebagai LDP 2.banyak manfaat yang diperolehi oleh pelajar dalam kursus sehari tersebut dan diharapkan semua pelajar dapat mengambil bahagian didalam aktiviti ko-kurikulum yang diadakan .Jangan ada yang ponteng tau....

Motivasi Di Nur Lembah Pangsun

Tarikh : 23 May 2009Motivasi Di Nur Lembah Pangsun

Pada 23 may 2009 berlangsungnya 2 aktiviti serentak iaitu Kursus sehari Ko-Kurikulum di sekolah dan juga motivasi di Hulu langat. Oleh yang demikian guru-guru dipecahkan kepada 2 kumpulan. 8 Orang guru Motivasi Di Nur Lembah Pangsundihantar untuk mengikuti program motivasi yang dianjurkan oleh MRCB dan yang selebihnya terlibat dengan kursus sehari ko-Kurikulum. Seronok dengar cerita guru-guru yang baru balik dari Hulu Langat ni. Ada yang jadi samurai la, macam-macam la. Jeles pulak tak pergi...untuk gambar terperinci lihat diruangan galeri gambar.

Selamat Harijadi

Tarikh : 5 May 2009bluberry cake.. sodapp

 Selamat Harijadi diucapkan kepada Pn. Guru Besar Pn. Masnoen Bt. Randi kerana menyambut hari ulang tahun yang ke -50. Jubli emas dah tu ...Kejutan sempena harijadi beliau diadakan dibilik guru birthday boy and girls..dan disambut oleh semua guru sesi pagi dan sesi petang. Harijadi beliau disambut bersama guru-guru yang lahir pada bulan Mei antaranya ialah Ustaz Taufik, Miss Lim Gaik Hong dan juga penyelia petang Pn. Haliza. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

 

Happy Birthday To You...

 

Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (LDP 1)

 

Tarikh : 16 April 2009

LDP 1 telah selamat dijalankan pada 16 April 2009. Lihat galeri gambar untuk maklumat lanjut.

Sukan Tahunan Sekolah 2009

Tarikh : 25 April 2009

Alhamdulillah, sukan tahunan sek. keb. Dato Kramat telah dilangsungkan dengan jayanya bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Iswara yang pada mulanya mendahului pasukan lain akhirnya kecundang kepada satria dalam acara akhir yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada satria yang memecut pada saat akhir dan menjuarai sukan tahunan SKDK pada tahun ini. Berikut adalah markah keseluruhan bagi keempat rumah sukan.

 

 

 

 

 

Satria : 288

 

 

Wira : 284

Putra : 268

Iswara : 266

Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi pada tahun hadapan pada yang kurang berjaya.

 Tahniah juga kepada :

                             

 Olahragawan Sekolah : Mohamad Hoyril Anam B. Arshad

 

 

 

 

Olahragawati Sekolah : Nur Farhana Bt. Tajuddin

Perbarisan Terbaik Unit Beruniform : Pasukan Bulan Sabit Merah

 Perbarisan Terbaik Rumah Sukan : Iswara

Sukantara

Tarikh : 14 April 2009

 

Markah Sukantara :

  1. Wira      : 123 
  2. Iswara   :120
  3. Putra     : 119                             JOHAN SUKANTARA
  4. Satria    : 105                                     

 WIRA

Sila lihat ruangan galeri gambar

Karnival Bahasa

Tarikh : 2 April 2009

Sila lihat ruang "pencapaian" untuk maklumat lanjut tentang pertandinga karnival bahasa.

Mesyuarat Agung PIBG

Tarikh : 28 Mac 2009

Perlantikan Pengawas 2009

 Tarikh : 30 Mac 2009

Perlantikan pengawas Sekolah Kebangsaan Dato Kramat bagi sesi 2009Telah diadakan didalam perhimpunan sekolah bertarikh 30 Mac 2009. Seramai 45 orang murid sesi pagi iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 telah berjaya menjalani tempoh percubaan yang ditetapkan dan akhirnya dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2009.

Bolasepak Zon Air Itam

Naib Johan Bolasepak Zon Air Itam , Pulau Pinang 2009

 

 

Welcome

Undian

Undian

Newest Members

Fairy TaleDragon of Darkness 

Recent Videos