Persediaan Menghadapi Peperiksaaan

PERSEDIAAN MENTAL

 

Pelbagai Gambaran Negatif

 

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

 

Menyerah kalah sebelum berjuang

 

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

 

Merasa belum bersedia

 

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

 

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

 

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

 

 

Berfikiran Positif

 

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

 

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

 

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

 

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

 

"Something is better than nothing"


Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.


"If you can't see it, you can't have it".

 

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

 

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

 

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

 

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

 

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

 

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

 

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

 

                                       6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

 

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

 

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

 

 

PERSEDIAAN EMOSI

 

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

 

                       1. Pertengkaran dengan rakan-rakan;

 

                       2. Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

                       3.Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;

 

                      4. Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

 

                      5. Berprasangka buruk terhadap orang lain;

 

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

 

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

 

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.

 

 

 

PERSEDIAAN ROHANI

 

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

 

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

 

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

 

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

 

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang

mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

 

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

 

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

 

Keajaiban Matematik

If

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21! 22 23 2 4 25 26.

If

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+ 5 = 96%

But

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F-G-O-D


12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there,

It's the Love of God that will put you over the top!

 

Keunikan Matematik

Absolutely amazing!

Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

 

7 Formula Ibu-Bapa Cemerlang

1. MENGUASAIA ILMU DAN HIKMAT.
Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tampa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.

2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA.
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam natu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Alah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.

3. MEMELIHARA IBADAH.
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.

4. MEMELIHARA AKHLAK.
Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN.
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.

6. MEMBINA KEMAHIRAN.
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.

7. PEKA DAN BERPERANAN.
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

Dipetik dari buku karangan Dr Danial Zainal Abidin.

40 Kesilapan Ibu - Bapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996.

Perisian Jahat Yang Mesti Anda Ketahui

Anda mungkin pernah mendengar tentang penyangak siber. Anda mungkin pernah mendengar tentang perisian jahat dalam dunia internet. Tapi sejauhmana anda tahu apa peranan dan fungsinya. Berikut penjelasan ringkas tentang perisian jahat yang selalu kita dengar..

1. Trojan - terutamanya keylogger, ia merupakan pencuri kata laluan (password)

2. Bots - membolehkan komputer dikawal menerusi perintah jarak jauh

3. Phishing - mesej yang cuba mengarahkan pengguna mendedahkan kata laluan (password) untuk mengakses khidmat dalam talian seperti bank, e-mel web dan sebagainya. Mesej ini boleh jadi dikirim dalam jumlah yang banyak atau dihantar kepada sasaran khusus seperti pengguna paypal atau eBay.

4. Adware - memaparkan pengiklanan (tanpa kebenaran) pada skrin

5. Spyware - mengutip dan mengangkut maklumat mengenai pergerakan pengguna internet

6. Spam - menghantar e-mel iklan yang tidak diundang dalam jumlah yang banyak

Etika Penggunaan Tulis

Agak kekok bila menyebut tentang bilik darjah atau kelas jika tiada papan tulis di dalamnya. Dulu ianya lebih sinonim dengan panggilan papan hitam, namun sekarang ianya lebih sesuai dengan panggilan papan tulis kerana warnanya bukan lagi hitam tapi hijau. happycool

Apapun, sudah tentu papan tulis sangat rapat hubungannya dengan cikgu kerana itu antara aset utama penyampaian ilmu kepada para pelajar.

Penggunaan papan tulis perlu ada etikanya juga, tapi tidak semua guru menyedarinya. Saya memetik tips ini di dalam Majalah Nur sebagai panduan kepada semua cikgu supaya penggunaannya akan menjadi lebih berkesan.

1. Jangan bediri tepat - Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar, jangan berdiri tepat di depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan melindungi pandangan anak murid/pelajar untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.

2. Gunakan alat penunjuk - Gunakan pembaris/alat penunjuk untuk menunjukkan apa yang anda tulis di papan tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalang pandangan anak murid ketika melihat tulisan di papan tulis.

3. Jangan penuhkan dengan tulisan - Janganlah memenuhi papan tulis dengan tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis kosong secara proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di bahagian bawah papan tulis berkenaan.

4. Tulisan besar - Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yang tegak, sehingga dapat dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni atau fancy. Yang penting tulisan anda mesti cukup tebal.

5. Padam tulisan yang tidak dipakai - Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur aduk dan tidak teratur.

6. Tulisan yang kontras - Jika anda menulis di ‘white board’ (bukan papan tulis kayu yang berwarna hitam), dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas.

Selamat mencuba….

Jika pihak sekolah mampu kewangan (biasanya atas sokongan PIBG), penggunaan papan putih (white board) adalah lebih baik dan selamat dari segi kesihatan, terutama bagi pengidap asma.

Tekanan Guru

Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

KUALA LUMPUR: Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.

Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

 

Kelebihan Ayat Kursi

 

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum

La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard

Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi

Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a

Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,

wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

Pada sesiapa yg mengamal dan membaca ayat kursi ini dia akan mendapatnya dari segi kebahagian dan keselamatan dan barangsiapa yg meninggalkannya dia dalam kerugian

Disini ada sedikit fadhilat buat tatapan anda:::

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Wujudkan Semula TV Pendidikan

             KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran didesak mewujudkan semula rancangan TV Pendidikan yang dihentikan sejak akhir tahun lalu dengan mewujudkan satu saluran televisyen khas untuk siarannya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, berkata pemberhentian rancangan itu selepas kali terakhir ke udara melalui TV9, mencetuskan rungutan banyak pihak, terutama ibu bapa dan pelajar.

Walaupun berganti dengan EduWeb TV, masalah timbul berikutan sebilangan pelajar, terutama di luar bandar tidak memiliki kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sekali gus menyukarkan mereka mengakses laman web berkenaan.

"Justeru, Kementerian Pelajaran diharap bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mewujudkan saluran televisyen khusus untuk rancangan TV Pendidikan sepenuhnya.

"Dalam konteks ini, pengisian TV Pendidikan perlu disuntik nafas baru kerana rancangan sebelum ini agak hambar dan terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kurang menarik minat pelajar yang tidak berada dalam tahun peperiksaan.

"Rombakan semula mesti dilakukan supaya mutu, kesesuaian serta relevan. Sebuah panel khas bagi memantau keberkesanan program ini juga perlu ditubuhkan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Mohamad Ali berkata, antara pembaharuan yang wajar disuntik ialah memperluas skop pendidikan meliputi aspek sukan, riadah, perpaduan, kekeluargaan, isu semasa, isu antarabangsa, pengajian tinggi dan pendidikan untuk golongan dewasa, termasuk konsep universiti terbuka.

Sementara itu seorang bapa, Mansor Abu Bakar, sependapat siaran rancangan TV Pendidikan tidak wajar dihentikan, lebih-lebih lagi bukan semua ibu bapa berkemampuan melanggani internet.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa (2), Klang, berkata kerajaan perlu mengembalikan semula TV Pendidikan dengan mewujudkan satu saluran televisyen khusus.

"Ini bermakna TV Pendidikan tidak lagi menumpang di mana-mana saluran televisyen lain dengan waktu siaran yang terhad. Dari segi menampung kos, saluran khas TV Pendidikan dipercayai akan mendapat sambutan pengeluar produk berkaitan kanak-kanak atau pelajar yang membeli waktu iklan," katanya.

 

Bolasepak

Bertarikh 2 Mac 2009 adalah tarikh keramat bagi Sek. Keb Dato Kramat dimana pertama kali dalam sejarah pasukan bolasepak sekolah memasuki pertandingan akhir bolasepak bagi zon Air Itam. Sejarah bermula dipertandingan separuh akhir dimana pasukan SKDK telah mengalahkan Johan Zon Air Itam pada tahun lalu iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Aman dengan jaringan 2 - 1. Kemenangan disambut gembira oleh para pemain dan guru-guru. Pada hari pertandingan akhir semua pemain bersemangat tinggi untuk mencatat satu lagi sejarah sekolah jika menjadi johan. Kebimbangan mula terasa apabila pemain yang dipinjam dari sekolah kebangsaan Sri Indah tidak hadir kerana tidak mendapat pelepasan dari pihak sekolah Sri Indah. Sekolah terpaksa bergantung kepada penjaga gol sedia ada. Tidak cukup dengan itu, 2 pemain SKDK demam pada hari pertandingan termasuklah penjaring terbanyak SKDK iaitu Mohd Hoyril Anam yang merupakan ayam tambatan sekolah. Kini semuanya terserah kepada pemain sahaja.

Perlawanan pun bermula tepat jam 3.30 petang .Semua pemain bermain dengan penuh semangat dan bertahan dengan penuh gigih kerana pemain lawan lebih menguasai permainan. Ketika masuk minit ke 15 permainan perlawanan mula berubah rentak apabila SKDK yang lebih banyak mengasak dan lebih banyak mengusai permainan dan bola berlegar separuh padang sahaja. Satu lagi kebimbangan terpancar apabila penjaring terbanyak sekolah tidak boleh bermain kerana deman. Kekosongan di bahagian depanmemaksa jurulatih merombak pemain dengan seorang lagi pemin yang dipinjam dari sek. keb. Air Itam menjadi penyerang manakala kapten pasukan iaitu Muhd Rusdi menjadi pertahanan buat sementara . Taktik yang dirancang tidak menjadi dan memaksa pertukaran dibuat semula dengan kapten pasukan menjadi penyerang dan pemain yang dipinjam iaitu Harun manjadi pertahanan semula. Taktik menjadi dan barisan pemain sekolah mula mendapat rentak menyerang . Serangan demi serangan dilancarkan tetapi nasib tidak menyebelahi pemain. Permainan tamat dengan seri tanpa jaringan. Permainan berlanjutan kemasa tambahan dan keputusan seru 0-0 sehingga tamat masa tambahan.   

Tendangan penalti, nampaknya kurang memihak kepada pasukan sekolah. Permainan berakhir dengan keputusan 4-2 memihak kepada pasukan SK Padang Tembak dan SKDK menjadi Naib Johan pertandingan bolasepak zon Air Itam.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang melibatkan SKDK:

  1. SKDK lwn SKSI ( 3-3 )
  2. SKDK lwn SKAI ( 4-0 )
  3. SKDK lwn SKPT ( 1-3)
  4. SKDK lwn SKKG ( 4-0)
  5. SKDK lwn SKSA ( 2-1) - Separuh Akhir
  6. SKDK lwn SKPT (0-0) Kalah penalti 2-4 = Akhir

 

Welcome

Undian

Undian

Newest Members

Aishamirirfan 

Recent Videos