Untuk ruangan karya, semua murid dan guru dialu-alukan untuk menyumbangkan karya masing-masing untuk dikongsi bersama ke dalam web ini. Karya anda boleh dihantar mengikut apa-apa kategori yang difikirkan sesuai seperti, karangan (BM/BI), sajak, puisi, syair, jenaka, artikel-artikel yang menarik, cerpen dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk dikongsi bersama.
Karya yang dihantar mestilah asli. Sekiranya karya yang dipetik dari mana-mana sumber yang ingin dikongsi bersama, sila nyatakan sumber karya itu diperolehi. Penghantaran karya adalah adalah dalam bentuk ”soft copy” @ sudah ditaip. Tiada tarikh tutup untuk penghantaran karya kerana ia diperlukan sepanjang tahun bagi melahirkan generasi yang kreatif.Sila tuliskan nama penuh dan kelas anda. Semua karya boleh dihantar kepada En. Zulkifli B. Mohamad.