MISI
Memberikan Pendidikan Yang Berkualiti Dan
Menyeluruh bagi melahirkan Warganegara Cemerlang Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
VISI
Menjadi Sebuah Sekolah Cemerlang
Peringkat Daerah Pulau
Menjelang 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN SKDK
Pendidikan ialah memperkembangkan potensi murid secara berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara
Murid
Ø Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berlandaskan Budaya Ilmu bagi memenuhi kehendak pelajar, masyarakat dan negara.
Ø Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
Staf
Ø Menyediakan guru dan kakitangan yang berdisiplin, berdedikasi, beriltizam, bertanggungjawab dan produktif.
Ø Menyediakan kemudahan yang selesa selaras dengan amalan pendidikan penyayang.
Ø Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
Waris
Ø Pihak sekolah sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan ibu bapa.
Ø Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
Kementerian Pelajaran
Ø Memastikan setiap arahan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan segera selewat-lewatnya sehari selepas surat arahan diterima