Sejarah Sekolah

 

 

 SKDK Dahulu

Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat yang asalnya telah dibuka pada tahun 1885 bertempat di Jalan Dato’ Keramat (berhampiran dengan pejabat pos Dato’ Keramat). Pada masa itu, kesemua muridnya perempuan. Sekarang ini sekolah tersebut telah dijadikan sekolah terencat akal.

          Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat telah diambil sempena nama seorang keramat yang terkenal dan amat dihormati pada masa itu iaitu Datok Keramat. Makam Datok ini masih wujud di Tanah Perkuburan Islam Datok Keramat. Makam yang mempunyai jaraksepanjang 20 kaki dikenali sebagai Keramat Tok Panjang atau Keramat Tok Nador.

          Pada awal pembukaannya dua orang guru bertugas iaitu Cikgu Rahimah Binti Awang yang bertugas sebagai Guru Besar dan beliau dibantu oleh Cikgu Hamidah binti Abu Bakar. Selepas itu, sejarah perkembangan sekolah ini telah menjadi kabur dan tidak dapat dikesan sehingga tahun 1927.

Tahun demi tahun, bilangan murid-murid semakin meningkat. Justeru pada 1927 sebuah sekolah yang baru telah dibangunkan untuk menampung pertambahan tersebut. Sekolah yang baru ini dibina di Jalan Perak berhampiran dengan Sekolah Rendah Francis Light.

Sekolah yang kedua ini telah dijadikan sekolah untuk murid-murid lelaki manakala sekolah yang asal digunakan untuk pertempatan murid-murid perempuan. Cikgu Haji Abdul Hamid Khan telah dilantik menjadi sebagai guru besar yang pertama untuk sekolah lelaki ini. Kedua-dua sekolah tersebut diletakkan dibawah pentadbiran yang berasingan.

         

        Pada tahun 1960-an budaya menuntut ilmu mula meresapi fikiran masyarakat .  Semakin ramai murid mendaftar di sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Rentetan daripada itu pada tahun 1967, sebuah bangunan sekolah yang baru telah didirikan bertentangan dengan sekolah lelaki ini dan juga terletak bersebelahan Sekolah Rendah Francis Light, bangunan berharga   RM 230000 ini mempunyai 4 tingkat serta mengandungi 18 bilik darjah, sebilik guru,  sebuah bilik guru besar, pejabat stor, klinik gigi, surau dan pusat sumber. Kedua-dua sekolah lama telah ditutup dengan adanya bangunan sekolah yang baru ini. Pentadbiran sekolah disatukan semula manakala guru besar yang pertama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat bernama Cikgu Abdullah bin Ayub.

          Tanggal 16 Julai 1968, Sekolah Kebangsaan Dato Keramat telah dirasmikan oleh yang berhormat Encik Khir Johari. Menteri pelajran pada ketika itu. Sejak 1967 hingga sekarang seramai 12 0rang guru besar telah berkhidmat disekolah ini.

Pada tahun 1998, sekolah ini telah mendapat peruntukan yang baru bagi membina bilik guru baru dan mengubah suai pejabat sekolah. Projek ini siap pada akhir tahun 1998 dan mula digunakan pada bulan Januari 1999.

 

 

 

 

SKDK kini

 

          Kini persekitaran SKDK telah berubah wajah dengan adanya 8 buah pondok rehat untuk murid-murid sumbangan daripada pejabat daerah timur laut dan projek landskap.Sekolah kini mempunyai 33 orang tenaga pengajar , 3 orang kakitangan dan 413 orang murid.

 

          SKDK turut memperkembangkan budaya IT dikalangan murid-murid dengan penubuhan makmal komputer hasil kerjasama dengan PIBG. Projek pengubahsuaian pondok bacaan telah beri peluang kepada sekolah ini untuk memiliki surau yang lebih sempurna.

 

          Pada Mac 2001, Encik Hashim Kamal Bin Mohd Isa telah melapor diri sebagai guru besar SKDK. Beliau telah meletakkan 2 sasaran utama pada 2001 iaitu keceriaan persekitaran sekolah dan usaha untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar. Justeru laman informasi sekolah telah menjadi lebih bertenaga dan lebih ceria hasil daripada inisiatif beliau dan guru-guru.

          Encik Hashim Kamal telah bersara dari perkhidmatan perguruan pada  25 Septemberber 2001 dan diganti oleh En Ramtar Khan bin Bali Mohammad. 

  

        Di bawah pentadbiran beliau, berbagai kejayaan telah dicapai terutama dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum .Pencapaian UPSR terus meningkat dari setahun ke setahun .

                         

            Keputusan 5 A

2002                  -    9 orang 

2005                   -    8 orang

2006                   –   9 orang

 

Pada tahun 2005 seorang pelajar telah mencipta sejarah apabila terpilih sebagai pelajar cemerlang UPSR  peringkat negeri dan antara 50 orang pelajar terbaik seluruh Malaysia. Ini merupakan pencapaian yang cukup cemerlang bagi SKDK.

 

Masa silih berganti, JPN telah telah membuat rombakan dengan menukar Guru Besar bagi kebanyakan sekolah di Pulau Pinang. SKDK tidak terkecuali. En. Ramtar Khan B. Bali Mohamad telah digantikan dengan Pn. Masnoen Bt. Randi. Kedatangan beliau ke SKDK  untuk membawa perubahan dan meningkatkan lagi prestasi akademik serta ko-kurikulum sekolah.

          Dibawah pentadbiran Pn. Masnoen Bt. Randi, banyak perubahan dari segi infrastruktur telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya ialah proses baikpulih tandas, baikpulih pintu bilik darjah, menaik taraf bilik sains, menaik taraf pejabat sekolah dan projek yang paling besar dibawah pentadbiran beliau ialah projek membina satu blok bangunan baru empat tingkat bersebelahan bangunan lama . Projek ini memakan masa selama 1 tahun setengah dan dijangka siap pada tahun 2010 . Jika Projek ini berjalan seperti yang dirancang, maka pada tahun 2010 Sek. Keb. Dato Kramat akan menjadi sekolah satu sesi.

 

Dibawah pentadbiran beliau juga pencapaian UPSR juga terus meningkat :

Pencapaian 5A

2007 :          18 Orang

2008 :          10 Orang

 

 Pada tahun 2007 adalah menjadi sejarah kerana itu adalah pencapaian terbaik dalam UPSR dalam sejarah SKDK. Pada tahun 2008 walaupun pencapaian menurun kepada 10 orang sahaja murid yang mendapat 5A tetapi ia masih boleh dibanggakan kerana tahun tersebut merupakan pertama kali subjek Sains dan Matematik dinilai dalam Bahasa Inggeris.

 

PIBG yang diterajui oleh Tn. Hj Abdul Basir B. Mohamad juga banyak menyumbang kepada peningkatan infrastruktur sekolah. Antara projek PIBG yang telah dilaksanakan ialah projek  ”Gajah Menyusur” iaitu laluan berbumbung menghubungkan laluan dari dalam sekolah kepintu pagar sekolah. Selain itu, proses naik taraf lantai pusat sumber sekolah juga telah dilaksanakan dengan kerjasama PIBG dan agensi lain.

 

Kini menjelang 2010 banyak perubahan telah berlaku, apa yang boleh dilakukan bagi warga SKDK ialah bersabar dengan bunyi bising, dengan asap serta debu, dengan kantin yang tidak sempurna dan apabila semua projek ini berakhir, SKDK akan menjadi sebuah sekolah yang cantik, indah dan sempurna bagi mencapai Visi Menjadi Sebuah Sekolah Cemerlang Peringkat Daerah Pulau  Menjelang 2012.

  

 

 SKDK Selama-lamanya           

 

 

       Setiap tahun ada sahaja tenaga pengajarnya yang datang dan pergi .Namun apa yang pasti SKDK dengan 33 orang nadi penggerak utamanya pada 2009 sentiasa mempunyai keiltizaman dan berdaya juanguntuk meningkatkan kecenderungan  akademik dan sahsiah pelajar SKDK  selama-lamanya.

 

Welcome

Undian

Undian

Newest Members

Nurhafiza AhmadGENG UPIN DAN IPIN 

Recent Videos